بسم الله الرحمان الرحيم
Assalammualaikum..
holla ! ~
hah.. setelah sekian lama, hari ni baru dapat nak update about last part Family Day kami ni..oleh dek kerana kerja yang sangat menimbun-nimbun..hehe
okey..part 4 di mana.. waktu balik... huhu.. perjalanan yang agak panjang and trauma-,-
haa... mesti dapat teka kan ?? hee.. betul! tepat sekali ! i had an accident :( okey, mungkin semua yang jadi ni kifarah pada dosa-dosa aku yang sangat banyak.. wallahualam..
The story start .. dari keluar je dari bilik apartment kita org. aku time tu dah rasa letih sangat dah badan..tapi gagah kan la jugak diri.. sebab nak tak nak, aku tetap kena drive balik, tapi seriusly, dari sabtu tu, aku memang takda rest langsung . ha! padan muka! seronok tak beringatkan.. tulah jadinya.. sobsobsob.. so, sampai dekat lobi, aku pun serah kunci bilik and tangkap-tangkap gambar di situ, lepas tu, terus berangkat balik .
Hah... di sebabkan hari ahad tu pun panas yang sangat terik kena pulak dengan aku yang letih, aku dah start rasa mengantuk keluar je dari resort tu... keadaan dalam kereta pun sangatlah sunyi sepi, MENGANTUK tak hengatlah kau time tukan..hehe..aku dah terlelap 2 kali , tapi aku ada la jugak makan gula-gula.. Lepas tu ?? aku dah tak ingat apa...
Tibe-tiba!!!!!! sedar-sedar mak aku dah jerit.. "FATIN!!!!!!!!!!" aku buka mata aku, nah kau ! kereta aku dah ke kiri time tu aku dengar nenek dengan alang pun jerit2.. Ya Allah ! aku lemah sgt masa tu.. aku tengok besi penghadang jalan tu dah dekat sangat dengan kereta aku, aku tak boleh fikir apa, aku fikir nak selamatkan mak,alang and nenek je time tu.. if aku terus langgar besi tu dengan kelajuan kereta aku masa tu, mesti besi tu boleh pecah :( and sebelah tu gaung . subhanaAllah.. nasib aku sempat pusing stereng .. huhu. tapi tu pun lepas kereta aku dah seret besi tu..huu
jadi sebab aku lupa kereta ni power stereng tak macam viva, aku melantun ke kanan jalan , "hit" lagi besi penghadang jalan kanan pulak, dan kereta aku pun melantun ke tengah jalan, ada satu kereta Honda aku langgar, kira syukur juga langgar kereta tu,kalau tak aku tak tau bila kereta aku akan stop berpusing. minta maaf sgt kat akak kereta honda tu.huu. kereta aku pon stop. kita orang pun keluar dari kereta. nenek aku terhantuk kat cermin sampai pecah cermin :( sorry nenek.. alang aku terhantuk tangan kat pintu.. bengkak dekat 2 minggu :( sorry ! mak alhamdulillah selamat ,tak de pape, aku pon just tersepit kaki je dekat pintu.

Ha..nilah yang terjadi dekat kereta aku yang baru berusia 2 minggu :( sobsobsob..
#PENGAJARAN UNTUK DIRI INI DAN YANG DI SAYANGI DI LUAR SANA.. KALAU MENGANTUK TOLONGLAH BERHENTI REHAT, JANGAN PAKSA DIRI OK? TAK PUN.. PAKSA JE ORANG SEBELAH BUAL-BUAL ..okey ? :) Syukur Alhamdulillah sangat Allah masih panjangkan umur kami and selamatkan kami ..
So, lepas tu, kereta kena toing, buat report polis..baru balik rumah nenek.
I kena saman Rm 300 okeh ?:(
Thats all .. Sekrg masih trauma nak long drive kalau xcukup rest.. and kalau boleh nak elak drive time panas terik.. (12-3pm) sangat mengantuk mata kalau kena matahri waktu tu..
Sekian.. jumpa lagi di nest entry.. Jaga Diri , Ingat lah orang yang tersayang okey?:D
LOve Ya :*
No comments:
Post a Comment