Thursday, April 10, 2014

Najis Berdarah ? sesuatu yang tak kene pada usus ku :(

Assalammualaikum w.b.t , 
holla !

        Hari ni, hari penghulu hari, alhamdulillah, ,masih di hidupkan.. hari ni, aku semakin tak sedap hati selepas baca artikel dari DEMC tentang usus berdarah ni..huhu, jangan ambil ringan.. tapi.. aku sangat takut.. aku sentiasa harap, mungkin pendarahan yang berlaku pada aku ni..bukan sesuatu yang serius. hilang semangat bile memikirkannya. mungkin tak hari untuk aku kembali bertemu dengan Sang PenciptaKu semakin hampir..? SubhanAllah, takutnya.. cukup kah bekalanku untuk bertemu denganNya.. :(

         Aku takut sebenanya.. risau.. haihh,,tak tau nak cakap..macam2 dah rasa kat dalam hati ni..hehe,nak pergi hospital takut.. sebab aku maha takut nak gi hospital2 ni..lagi2 doktor kata akan masukkan kamera tiub untuk tengok apa yang sebenarnya darah .. 


Foto
           Kolonoskop nama di beri .. (cewahhhh).. haaa! takut tak takut tak ?? gila tak takut ? takut la.. ni la sebab nya aku tak nak pergi sepital tu..haihh..  sebab nanti akan jadi macam ni pulak... 

                                         Foto
       Tak dapat aku bayangkan.. hehe, sekarang ni.. kalau jumpa sesiapa pun or contact dengan sesiapa pun.. paksa diri, pujuk diri untuk ceria, always be positive , #sangat ! haha, padahal, kau tak habis2 kacau orang sekeliling kau , kau takut dengan penyakit ni..haha.. sorry kawan-kawan, sorry my dearest family ..
doa-doa lah xada apaa yang serius. amiin.. okey! moh kite suai kenal sikit dengan usus badan kita ni dari Pakar dari DEMC .. :)

              

      Fungsi Usus


Usus adalah bahagian yang bertangungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproses bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan amat berkait rapat dengan kebersihan kedua-dua usus besar dan usus kecil ini.
Walau bagaimanapun, fungsi pada bahagian usus bergantung pada lokasinya iaitu bermula dari proses makanan diterima hinggalah sampai ke perut untuk dicerna atau di hadam. Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang dimakan akan membentuk bahan bendalir dalam salur usus. Dalam proses ini, hampir semua vitamin, galian serta serat turut terbuang dan yang tinggal hanya kalori
“Makanan yang kita makan akan diproses menjadi sumber tenaga dalam badan. Pada bahagian ini, usus kecil berfungsi untuk menyerap air dari sumbermakanan tersebut yang kemudiannya dibawa dalam bentuk hampas. Usus besar pula ialah sebahagian daripada saluran gastrointestin iaitu laluan makanan selepas ia dicerna dalam usus kecil dan bertangungjawab menyingkirkan air daripada makanan yang tidak tecerna Dan dan menyimpanya sehinggalah ia dibuang sebagai najis. Rectum pula adalah bahagian terakhir usus besar,” jelasnya.

         Punca usus berdarah


Menurut Dr. Lukman, pendarahan ketika membuang air besar dikategorikan sebagai masalah biasa yang berlaku dalam masyarakat  terutama di kalangan golongan pada peringkat umur 40 tahun ke atas. Malahan, masalah ini lebih kerap berlaku pada individu yang terlalu banyak mengambil makanan yang kaya dengan serat liat seperti daging dan kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahann. Dan kesannya, individu itu akan mengalami masalah  system perkumuhan.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan pendarahan ketika membuang air besar dan yang paling lazim adalah buasir. Sealin itu, pendarahan juga boleh berlaku disebabkan oleh ulser usus, kanser usus, polip pada rectum dan usus besar serta rekahan pada kulit  saluran dubur. Kebiasaan pendarahan di dalam najis berlaku apabila sel-sel darah merah yang normal terletak di dalam saluran dan pembuluh darah telah keluar dari dinding-dinding usus dan mengalir serta bertakung dalam rongga usus. 
Tambah Dr. Lukman lagi, warna dan darah juga sebenarnya berbeza dan secara umum warna boleh memberikan gambaran kasar kepada punca penyakit dan lokasi pendarahan. Jika warna darah yang keluar cerah bermakna penyakit berada dekat dengan kawasan dubur. Ia mungkin disebabkan masalah pada saluran yang menyebabkan salur darah bengkak dan pecah seperti yang berlaku pada pesakit buasir. “Pendarahan berlaku kerana disebabkan najis yang keras dan apabila melalui dinding usus, ia akan bergesel dan menyebabkan dinding usus tersebut luka. Sungguhpun begitu warna najis berbeza mengikut lokasi pendarahan,” katanya.
Jika warna darah merahgelap bermakna pendarahan berlaku pada bahagian usus yang lebih dalam. Ia boleh memberi kesan yang lebih berbahaya seperti kanser usus. Bagi warna najis yang hitam dan melekit seperti tar pula menandakan ada pendarahan di bahagian lebih atas (pangkal) usus, esophagus, perut atau duodenum (usus kecil). Ia juga boleh disebabkan oleh oleh ulser ataupun kanser di dalam organ-organ tersebut. Najis hitam ini terhasil apabila pendarahan berlaku terlalu lama dalam usus besar yang memberikan peluang kepada bacteria bertindak dan menghuraikannya kepada bahan dipanggil hematin dan berbau sangat busuk. Inilah sebabnya apabila berlaku pendarahan rectum pada kali pertama, pesakit disyorkan menjalami pemeriksaan segera.
Selain warna, kuantiti darah juga boleh menjadi tahap penyakit atau masalah yang dihadapi seseorang. Biasanya pendarahan rectum sederhana dikategorikan apabila banyak darah keluar setiap kali buang air besar. Jika kuantiti ini lebih banyak, bermaknan pendarahan sudah berada pada tahap yang serius. Kesan daripada pendarahan yag serius boleh menyebabkan pesakit berasa lesu, pening atau pitam. Kadangkala pesakit juga boleh mengalami symptom tekanan darah rendah terutama apabila berdiri selepas lama duduk di tandas.
Malahan jika berterusan, pesakit boleh mengalami pendarahan yang banyak dan dalam masa yang sama mendapat anemia (kurang darah merah). Kesannya, badan akan cepat berasa letih, mudah mendapat serangan jantung, kaki membengkak dan sebagainya.

       Faktor pemakanan


Oleh kerana punca utama masalah usus berdarah disebabkan factor najis keras (bergesel dengan dinding usus menyebabkan luka), maka ia berkait rapatdengan pemakanan yang dimakan. Oleh itu, perlunya dietpemakanan yang seimbang bagi melancarkan proses perkumuhan. Antara diet pemakanan yang disyorkan ialah :
  • Kurangkan makanan yang pedas
  • Lebihkan memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman kampung
  • Perbanyakkan minum air mineral
  • Lebihkan makan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tidak melalui proses pemprosesan lanjut, seperti beras perang, roti mil penuh dan sebagainya

           Rawatan


Umumnya, penyakit-penyakit keradangan usus seperti colitis dan proktitis boleh dirawat dengan pengambilan ubat sahaja. Bagaimanapun, jika penyakit anda disahkan sebagai kanser usus maka anda harus menjalani pembedahan major sebelum dibantu oleh rawatan sampingan seperti kemoterapi dan radioterapi. Buasir pula boleh dirawat secara ubat-ubatab di peringkat awal dan apabila telah masuk ke peringkat serius (buasir menjulur keluar dari dubur) ia harus dirawat melalui kaedah pembedahan.
Lebih dramatik jika penyakit ini lambat dirawat kerana ia boleh memberi kesan sampingan kepada kencing berdarah, kanser rahim dan penyakit jantung selain ia akan menghakis dinding-dinding organ berdekatan seperti usus besar dan menyebabkan pendarahan di dalam najis.
Seharusnya pesakit terus berjumpa doctor ataupun pakar gastroenterologi dengan serta-merta. Tindakan pantas ini memberi peluang awal kepada doctor untuk mengesan punca atau penyakit yang menyebabkan pendarahan itu sekali gus  memberikan harapan yang lebih cerah kepada pesakit untuk pulih. Malangnya aa diantara kita ini, yang telah mengalami pendarahan dalam najis dalam kuantiti yang sedikit dan memakan masa bertahun-tahun, tetapi ia masih tidak merujuk kepada doctor. Jika pendarahan ini disebabkan oleh penyakit yang bahaya seperti kanser usus, maka kelewatan ini boleh membunuh.
Pemeriksaan boleh dijalankan melalui endoskopi yang mana ia berfungsi untuk mencari punca pendarahan di dalam najis. Jika pendarahan hitam dan puncanya dijangka dari perut atau usus kecil maka endoskopi atas akan dilakukan melalui mulut.
     
      Ini saja yang daoat aku kongsi.. panjang berjela entry ni..haha, tekun dan gagah la membaca ye..hehe, apa-apa pun.. doakan saya cepat sembuh dan tak ade apa yang serius. amiin..  
#thanks for your reading , perkongsian bersama.. jaga makan, jaga kesihatan, jaga diri ;) 
     apa-apa pun.. sakit ini tarbiyah dari Allah buat hamba2Nya yang terpilih .. 
                                             

                                            

                  
                                              

                 * dont forget to Love others like U Love yourself ;) wasalam 



No comments: